MELAKA: Kerajaan Negeri Melaka melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir memudahkan semua pihak terutama bagi memberi limpahan ekonomi kepada peniaga di kawasan terbabit.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin berkata setakat ini pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan menunjukkan kesan positif khususnya peniaga di kawasan sekitar sejak inisiatif berkenaan dilakukan pada 19 Ogos tahun lepas.
Beliau berkata sebagai contoh, pemindahan lebih 120 peniaga Uptown Pahlawan Walk dari tapak lama iaitu di Plaza Mahkota ke laluan kenderaan bermula di hadapan Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga hadapan Dataran Pahlawan sejak dua minggu lepas mendapat reaksi positif peniaga.
"Berdasarkan pemantauan dilakukan sejak pemindahan peniaga dilakukan, kedatangan pengunjung ke Uptown Pahlawan Walk semakin meningkat dan pendapatan peniaga juga meningkat sekali gus menggembirakan mereka.
"Situasi ini jelas membuktikan setiap penambahbaikan dilakukan kerajaan negeri di Zon Bebas Kenderaan itu bukan untuk menzalimi mereka tetapi membantu meningkatkan pendapatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Gelar Adat dan Gelanggang Persilatan Singa Bertujuh Pertubuhan Alqubro di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata pemindahan peniaga Uptown Pahlawan Walk ke tapak baharu telah mengambil kira pelbagai faktor antaranya tapak baharu bazar malam itu lebih terang dan luas selain merupakan laluan utama pelancong berjalan kaki semasa pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan.
Justeru, beliau berharap semua pihak bersabar, bertenang dan memberi kerjasama terhadap penambahbaikan yang dilakukan di kawasan Zon Bebas Kenderaan itu.
"Reaksi negatif juga terpaksa dihadapi kerajaan negeri sebelum ini ketika mula-mula inisiatif Zon Bebas Kenderaan dilaksanakan di Jonker Walk namun hari ini kita dapat lihat kesan positif dan limpahan ekonomi diterima peniaga.
"Ketua Menteri Datuk Ab Rauf Yusoh juga setiap minggu berkunjung ke kawasan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir untuk melihat aspek penambahbaikan yang perlu dilakukan termasuk penambahan tapak meletak kenderaan," katanya.
Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir melibatkan penutupan beberapa jalan selama 54 jam bermula 6 petang setiap Jumaat hingga 12 tengah malam Ahad.
Bagaimanapun, tempoh pelaksanaan inisiatif itu dipendekkan kepada 21 jam berbanding 54 jam sebelum ini iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 6 petang hingga 1 pagi sehingga akhir Februari bagi memberi laluan kepada sambutan Tahun Baharu Cina.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024
Setakat ini pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan menunjukkan kesan positif khususnya peniaga di kawasan sekitar sejak inisiatif berkenaan dilakukan pada 19 Ogos tahun lepas. - Bernama
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Zon Bebas Kenderaan: MBMB tambah baik pengeluaran notis perubahan laluan
MBMB akan menambah baik aspek pengeluaran notis pemakluman perubahan laluan atau lencongan jalan di sekitar Banda Hilir, sepanjang pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan,
Penambahbaikan sentiasa dilakukan di Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir - Exco
Setakat ini pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan menunjukkan kesan positif khususnya peniaga di kawasan sekitar sejak inisiatif berkenaan dilakukan pada 19 Ogos tahun lepas.
Zon Bebas Kenderaan kini 21 jam hingga Februari
Pelaksanaan itu bagaimanapun masih dilakukan selama tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 6 petang hingga 1 pagi.
Melaka tambah baik kemudahan, fasiliti pastikan zon bebas kenderaan berjalan lancar
Kerjasama dengan pihak polis turut dipertingkatkan bagi membantu mengatasi dengan segera masalah kesesakan lalu lintas.
Zon Bebas Kenderaan: Sebahagian jalan di Banda Hilir akan ditutup setiap Sabtu
Sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir akan ditutup selama enam jam setiap Sabtu bermula minggu ini sebagai langkah percubaan pelaksanaan "Zon Bebas Kenderaan".